Sunday, August 9, 2009

Erti Sebuah Kerinduan..

Sempat sebentar tadi bertanyakan khabar ummi dan abi di kampung.. Terasa kerinduan menyusup di hati, lama tidak kembali ke kampung halaman.. Rasanya baru sebulan meninggalkan kampung, tak sempat pulang dek kerana aktiviti yang sentiasa memenuhi ruang..

Lagi rindu bila mendengar suara abi yang banyak memberi nasihat dan teguran walaupun diri ini mungkin sudah pandai jaga diri tetapi kerisauan seorang ayah pada anaknya terlalu tinggi.. Teringat bila bersama Abi, seronok membincangkan isu-isu semasa, hukum-hukum agama, sama-sama berkongsi pendapat dan idea. Kadang-kadang tak cukup masa. Bila ada masa dalam kereta pun bicaranya boleh menambahkan ilmu. Itulah Abi yang saya sangat kagumi..hinggakan amanahnya sebentar tadi masih kedengaran lagi..

"Jaga diri baik2 kat sane.. Abah dengar banyak sangat perkara yang tidak elok dilakukan mahasiswa walaupun mengaji Islam, Banyakkan bergantung dan doa pada Allah, solat malam jangan tinggal.."

Seribu makna terungkai apa yang dikatakan oleh Abi memang ada benarnya, Walaupun mengaji di Fakulti Pengajian Islam tetapi, mahasiswa kini sudah tidak pandai menilai perkara baik dan buruknya. Yang hanya tahu keseronokan!! (Nauzubillahiminzalik)

[ Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu bertaqwa kepada Allah dan bagusnya budi pekerti.
" Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab: "Iaitu kerana perbuatan mulut dan kemaluan."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. ]

Mujur, sahabat handai banyak memberi teguran dan kekuatan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kadang-kadang kita perlukan sahabat untuk memberi teguran, kerana sahabatlah cermin kepada kita.. bukan semua manusia itu sempurna. Sedarlah wahai sahabatku, dunia ini sudah terlalu tua untuk berdiri, hanya menunggu masa untuk roboh. Ia tidak betah untuk menerima lg kerosakan tangan-tangan manusia...

Mohonlah pada Allah, agar diberikan kekuatan sama ada jasmani atau rohani. Apa yang kita lakukan tidak semestinya baik untuk kita, dan apa yang kita tidak suka tidak semestinya tidak baik untuk kita. Segalanya datang dari Allah SWT dan kepadanya jua kita akan dikembalikan..
Moga sentiasa thabat dijallan ini.. Wallahua'lam.

Tuesday, August 4, 2009

Bersama-sama dalam meramaikan program Kem Pemantapan Akidah.

Aktiviti menarik menanti anda!!!!
Rasainya sendiri..

Jom Ramai-Ramai...

Sama-sama kita raikan LIGA PIALA DEKAN,
Tunjukkan pada semua mahasiswa/i Islam boleh bersukan mengikut cara Islam..
"Akal yang sihat ada pada badan yang sihat"






Monday, August 3, 2009

KENANGAN....

Ust Mekkah yang banyak membantu



mencari pucuk paku



pembahagian anak angkat

Assalamualaikum, salam perjuangan buat sahabat-sahabat handai diluar sana... Perjuangan Islam perlu kita bawa walaupun dimana jua kita berada, kerana seorang Daie dimana dan kemana jua dia pergi, disekelilingnya adalah mad'u. Disitu, kita dapat menilai diri kita sama ada kita ini kuat dalam menegakkan agama Allah SWT dan membawa Islam ataupun tidak.

Kenangan yg tidak dapat dilupakan ketika prgram dakwah masyarakat orang asli Muslim di kampung Changkat Bintang bersama pelajar-pelajar Sijil Dakwah dan Kepimpinan ILDAS membuktikan mereka yang terbaik dalam memberikan contoh tauladan pada masyarakat walaupun baru 3 tahun memeluk Islam...


Buat Masyarakat Orang Asli di Kampung Changkat Bintang, terima kasih di atas penerimaan dan layanan yang baik terutama mak angkat saya..

Teruskan usaha dakwah walaupun dimana jua kalian berada.. Wallahua'lam..













Wednesday, May 13, 2009


Assalamualaikum..
Salam perjuangan buat sahabat-sahabat..
Kini saya sedang bertugas di Institut Latihan Dakwah dan Selangor (ILDAS) selama dua bulan..
Hari pertama, perasaan berdebar pasti ada pada makhluk yang bernama manusia.. Walaupun begitu, staf-staf disini bagaikan adik beradik menjadikan saya tidak kekok untuk menjalankan tugas dan bertanyakan soalan..
Saya amat kagum bilamana bertemu saudara-saudara baru yang seaqidah yang belajar disini untuk memahami Islam dengan lebih mendalam.. Mereka merupakan pelajar (PSDK) Program Sijil Dakwah dan Kepimpinan. Hanya 8 orang sahaja yang mengambil kursus ini disini.. Saya amat bertuah dapat mengenali saudara baru dengan lebih dekat lagi..Diharap dengan kedatangan kami disini dapat memberikan faedah kepada mereka dalam soal kehidupan seharian berkaitan Islam..
Sebenarnya saya amat kagum dengan semangat juang mereka untuk mempelajari Islam dalam 2 tahun disini.. Banyak pengalaman dan perkara kami kongsikan dalam sehari dua ini.. Mereka berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Kuis dalam bulan enam ini..
Kebanyakan pelajar disini adalah dari berbilang bangsa..
Mudah-mudahan apa yang mereka cita-citakan akan tercapai..

* Kadang-kadang kita lupa akan nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada kita yang mungkin lebih banyak mengarah kepada keduniaan semata-mata.. Koreksi hati, fikirkan kembali, siapakah kita di dunia ini.. Wallahua'lam..

Monday, April 20, 2009


Doa Ketika Masuk Peperiksaan

Sebaik sahaja keluar rumah dibaca,
بسم الله توكلت علي الله
Dalam perjalanan ke dewan peperiksaan,
(3x) يا زالجلالوالاكرام
(dibaca sepanjang perjalanan)
(3x) سلام قولا من رب الرحيم
Ketika masuk dewan peperiksaan,
(3x) اياك نعبد واياك نستعين
Apabila hendak duduk diatas kerusi,
(3x) اهدنا الصراط المستقيم
Apabila membuka soalan dan sesudah baca soalan
(3x) ان الله كان عليما حكيما
Apabila mula menjawab soalan
(3x) وكان ذلك على الله يسيرا
Apabila sukar untuk menjawab soalan
(3x) ان الله كان بكل شئ عليما
Apabila menyemak jawapan
(3x) وكفى باالله وليا وكفى بالله نصيرا
Apabila menyerahkan kertas soalan

Usaha+doa+tawakal= najah

Saturday, April 18, 2009


Salam Imtihan buat semua sahabat-sahabat seperjuangan walau dimana jua. Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat menghadapi final exam, mudah-mudahan segala ilmu yang dipelajari menjadi amalan kita sebagai bekalan hidup diakhirat sana. Ilmu itu ada dimana-mana, terpulang kepFont sizeada kita bagaimana hendak mencarinya. Ia tidak akan datang bergolek selagi tidak berusaha disamping melakukan segala amalan yg wajib mahupun sunat dan tawakal kepada-NYA.

"Jika kamu membantu agama Allah, Allah akan membantumu"

ILMU+IMAN+AMAL
IMAN+ISLAM+IHSAN = MODAL INSAN YANG SANGGUP BERKORBAN
USAHA+DOA+TAWAKAL

Wallahua'lam..

Tuesday, March 31, 2009

Buatmu Wanita




Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. Itulah ungkapan yang sering kita dengar menjadikan seorang wanita itu terlalu istimewa. Adakah ia benar? Bagaimana dengan zaman era sekarang yang menjeremuskan ramai wanita ke lembah penzinaan, kemaksiatan! Harus kita sedar hakikat zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dunia, salah satunya fitnah dari seorang wanita.

Tiada siapa yang dapat menahan daripada sukakan kecantikan. Setiap manusia suka kepada kecantikan, dan kemewahan. Tapi ia hanya sementara. Hakikatnya, kecantikan dan kemewahan akhirat kekal abadi. Tapi adakah kita ingat dan berwaspada!. Adakah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya!

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda:
”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”
Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”
Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

Apakah kita sebenarnya sentiasa beringat, berpesan-pesan sesama kita? Dimanakah kedudukan kita sebagai seorang wanita di dunia ini? Janganlah mulia yang dicari tetapi carilah kemuliaan disisi Allah.

Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

Setiap apa yang digariskan oleh Islam, ada hikmah yang boleh kita ambil dan hayati. Kebaikan dan keburukan, hikmah dari-Nya yang tersembunyi, Dengan menggunakan akal, kita mampu berfikir dengan lebih mendalam lagi.
Wahai wanita yang solehah, hiasilah keperibadianmu dengan akhlak yang tinggi dan ilmu yang membaluti diri, kelak dirimu tidak mudah untuk terpengaruh dengan godaan duniawi, termasuk pengaruh buruk dari lelaki.

Wahai wanita yang punyai wajah yang indah, jagalah perhiasanmu seperti menjaga barang yang sangat engkau sayangi, kelak dirimu akan dijaga dan terpelihara.
Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 55 yang bermaksud:

”Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani”

Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah adalah sebaik-baik ciptaan. Haruslah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana kita dihidupkan di dunia ini, dilahirkan di dunia ini sebagai seorang wanita. Wanita yang punyai banyak keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah, tetapi kitalah sebagai penentu yang meletakkan diri kita di mana, di syurga atau di neraka.

Hakikatnya, wanita yang baik itu, datangnya daripada didikan iman dan taqwa yang dipupuk sejak kecil lagi. Bersama-samalah kita menjadi wanita solehah yang diangkat martabatnya oleh Allah di syurga.


Sekadar Coretan buat peringatan dan bekalan... Wallahua'lam..

Imbauan



Salam sayang buat sahabat dan teman-teman seperjuangan...
Moga dikau sentiasa thabat di jalan ini...
Kepadamu ya Rasulullah, qudwah kami dalam mencari kehidupan yang hakiki...
Perjuanganmu tidak akan dilupai sekiranya masih ada lagi sahabat yang masih mengharapkan Islam kembali di bumi ini...
Dengan bantuan Rabbul Izzati...
Moga Islam kan bersinar kembali.....
Inn Allah ha maa'na..

Wednesday, March 25, 2009


Monday, February 23, 2009


Indahnya Ukhuwah kerana Allah

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah pelbagai bangsa dan agama untuk kita mencari dan mengenal erti kehidupan yang merupakan salah satu hikmah dan kebijaksanaan-Nya kerana dari situ kita dapat mengenal perbagai ragam manusia, budaya adat resam yang diciptakan oleh Allah supaya manusia berfikir akan kekuasaan-Nya.

Begitu juga sahabat yang diciptakan oleh Allah untuk kita. Kadang-kadang kita tidak mengenal erti persahabatan yang sebenar yang sebenarnya ia adalah satu nikmat daripada Allah dalam manisnya berukhuwah. Sahabatlah bagi manusia untuk meluahkan perasaan, untuk meluahkan keperitan walaupun sebenarnya sahabat itu tidak mampu berbuat apa-apa. Berbanding dengan keluarga, kadang-kadang kita lebih banyak masa diluangkan untuk sahabat.

Tetapi adakah kita bena-benar memilih sahabat yang sebenar-benarnya. Kerana silap memilih sahabat punahlah masa depan sama seperti ungkapan yang bersama dengan orang yang memakai wangi-wangian, dia juga akan terpalit bau wangi itu. Ini bermakna pemlihan sahabat mestilah betul. Apabila kita bersama sahabat yang keruntuhan akhlak, mahu tidak mahu kita juga akan terpengaruh dengan sedikit sikap sahabat kita itu tetapi bilamana kita bersahabat dengan alim ulama dan orang yang soleh, maka kita juga akan terikut dengan sikapnya. Walaupun sedikit sikap yang buruk kita ambil tetapi ia akan menjadi tabiat yang sukar untuk kita buang.

Sesungguhnya, Allah mengetahui akan sifat fitrah manusia yang perlukan teman dalam setiap detik kehidupan. Indahnya bilamana bertemu dan berpisah kerana Allah jua apabila kita cinta dan marah hanya kerana Allah diatas dasar keimanan kepada Allah.

Hal ini dinyatakan dalam hadis:

Bermaksud: ”Barangsiapa yang mencintai dan memarahi kerana Allah, memberi dan menolak kerana Allah, maka sempurnalah imannya.”
(H.R. Abu Daud)

Daripada hadith di atas, seorang muslim akan mencintai setiap hamba yang soleh dan akan mengikut sifatnya begitu juga seorang muslim akan membenci orang yang fasik terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya kerana mereka tidak mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi, kefasikan mereka tidak boleh dijadikan penghalang kepada kita untuk bersahabat tetapi memberi peluang kepada kita untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

Dalam pemilihan sahabat, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan tujuan persahabatan itu hanya semata-mata kerana Allah. Antara faktornya ialah:

1- Mestilah sahabat itu seorang yang pandai, kerana bilamana bersahabat dengan orang yang jahil kita akan terikut dengan sifat dan sikapnya.
2- Mestilah dia seorang yang berakhlak mulia, kerana bilamana dia mempunyai akhlak yang buruk walaupun seorang yang pandai, mereka akan sering dikalahkan oleh hawa nafsu yang menyebabkan kadang-kadang kita akan terkena dengan kejahatannya sepertimana seorang sahabat yang khianat.

3- Mestilah dia seorang yang bertakwa kerana orang yang fasik tidak akan taat dan beriman dengan perintah Allah. Bilamana dia berbuat jahat terhadap saudaranya, dia tidak akan peduli akan perasaan sahabatnya kerana orang yang tidak taat kepada Allah adalah orang yang tidak akan memperdulikan apa-apa pun.

4- Mestilah dia seorang yang berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah, menjauhi perkara-perkara khurafat dan perkara-perkara bidaah kerana apabila dia melakukan perkara-perkara sedemikian hilanglah kepercayaannya pada Allah yang satu.

Menurut salah seorang yang soleh, ketika mewasiati anaknya, ”Wahai anakku, jika kamu memerlukan teman, maka bertemanlah dengan orang yang bila kamu perlukan bantuan dia akan membantumu, jika kamu menemaninya dia akan setia kepadamu, jika kamu mendapat anugerah diatidak akan meminta. Wahai anakku, bersahabatlah kamu dengan orang yang bilamana menghulurkan kebaikan dia tidak akan meminta dibalas, bila kamu mendapat kebaikan dia mengakuinya, dan jika kamu mendapat kecelakaan dia kan menolaknya. Bersahabatlah dengan orang yang jika kamu berkata kepadanya dia membenarkanmu, jika kamu bersikap bertentangan dengan sesuatu, maka dia mengingatkanmu.

Daripada cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bukan mudah untuk mencari sahabat sejati yang boleh membawa kita mencapai kebahagian dunia dan akhirat sebaliknya ramai sahabat yang kita lihat pada hari ini lebih menjurus kepada kehidupan keduniaan semata-mata walaupun sebahagian mereka mempelajari ilmu agama tiak semestinya sahabat itu sempurna. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk menyedarkan kembali sikap mereka supaya kembali mengenal Allah yang esa.

Demikianlah, manusia sering menilai persahabatan dari luaran dan bukannya dari dalaman. Justeru kita mestilah pandai dalam memilih sahabat dan semoga ukhuwah itu berpanjangan dunia dan akhirat.






Tuesday, February 10, 2009

Bukan Kemenangan Lewat Tiba

Assalamualaikum.. Salam Ukhuwah..

Dalam perjuangan perlukan pengorbanan tak kira sama ada dari sudut tenaga, harta dan sebagainya.. Kadang-Kadang kita sering tertanya-tanya kenapa orang yang nak bawa Islam ini susah nak menang?, susah nak berjaya?, mengapa mesti ada orang yang terkorban? dan kenapa mestinya adanya pengorbanan... TEPUK DADA TANYA IMAN..

Itulah hikmah dan kebijaksanaan Allah SWT yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku di kemudian hari...
Kebanyakan kita membaca al-Quran tetapi tidak menghayati isi kandungannya.. (teguran buat diri ini juga...) Banyak perkara yang boleh kita perolehi daripada al-Quran dan disitulah tempat rujukan umat Islam... Sejarah, Hukum hakam dan juga sebagai PERUNDING MOTIVASI YANG HEBAT!
Kenapa saya berkata demikian, kerana di situlah ia bermula...... Bila kita senang, susah nak baca al-Quran... Bila kita susah disitulah ketenangan....

Berbalik pada tajuk, Saya tertarik dengan surah al-Haj ayat 38
" Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berkhianat dan kufur nikmat"

Ayat ini difirman oleh Allah SWT dalam al-Quran kepada kita sebagai satu JAMINAN bagi orang mukmin yang mana sentiasa berjuang di atas Jalan-NYA dengan niat yang IKHLAS dan SEMATA-MATA kerana Allah. Ini kerana Allah SWT tidak mahu menjadikan pendokong dan pembela dakwahnya di kalangan manusia yang kerdil dan pemalas dan seharusnya perjuangan itu berdasarkan tanggapan akal, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup..

Apabila kemengan diberikan oleh Allah SWT dengan cepat tanpa adanya pengorbanan dan kesusahan, ia akan memberikan effact yang buruk pada ummat Islam kerana kemenangan yang cepat akan mudah hilang..Ini kerana:
1) Harganya yang murah dan tidak perlukan ppengorbanan.
2) Orang yang mencapai kemenangan tidak melatih, menguat, dan mengembling kekuatan dan daya tenaga mereka untuk mendapat dan memelihara
kemenangan i2.

Bila adanya pengorbanan, disitu letaknya tarbiah diri, perasaan dan latihan amali iaitu didikan dan latihan melalui proses menang dan kalah, kuat dan lemah dan juga emosi. Berkongsi kesakitan dan suka duka..

Dalam Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran, kemenengan dilewatkan oleh Allah kerana:
1) Hikmah dan kebijakasanaan Allah dalam menentukan segenap aspek..
2) Badan umat Islam belum lagi matang dengan sempurna..
3) Mengorbankan segala kekuatan yang ada pada mereka..
4) Belum dicapai kemenangan i2 sehingga umat Islam menggunakan cara terakhir iaitu senjata orang mukmin..
5) Menambahkan lagi HUBUNGAN dengan ALLAH..
6) Belum lagi memberi sepenuh keikhlasan dalam perjuangan dan pengorbanan..
7) KEJAHATAN yang diperangi masih lagi bercampur saki baki kebaikan..
8) Kepalsuan kebatinan yang diperangi belum terdedah dengan sempurna kepada orang ramai..
9) Masyarakat belum layak untuk menerima kebenaran, kebaikan dan keadilan yang diprjuangkan,,,

Daripada apa yang disenaraikan jelaslah bahawa, kekalahan bukan bermakna kita berundur tetapi kekuatan kita untuk bangun.. Disinilah Allah nak mnguji umat-NYA sama ada ia bersyukur atau pun tidak....dan mengamalkan segala prinsip al-Quran..
Sama-samalah kita hayati...
Wallahua'lam............


Tuesday, January 20, 2009


Tika mata diuji manisnya senyuman
terpalit rasa menimbul harapan
dan seketika terlontar kedunia hayalan
hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan impian yang tersimpan enggan ku keasyikan
Usah keindahannya merampas rasa cinta pada dia yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba menghindarkan pesona maya
kerna tak upaya ku hadapinya
andai murkanya menghukum leka

Diatas rahmat cinta pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbanan
agar disuluh cahya redhanya

Biar sendiri hingga hujung nyawa

asal tak sepi dari kasihnya
kerna sesungguhnya hakikat cinta
hanya dia yang esa

Diatas rahmat cinta pada yang selayaknya

ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbana agar disuluh redha
suluhkan hati ini dengan cinta hakiki

hingga kurasai
nikmatnya....

syurganya....

cintanya....

Friday, January 16, 2009

PRK

Assalamualaikum...

Pada 15 januari 2009, telah menjadi sejarah bagi GMUKM khususnya dan mahasiswa/i ukm umumnya apabila GMUKM telah berjaya merampas 12 kerusi daripada 33 kerusi yang dipertandingkan dalam PRK kali ini berbanding tahun sebelumnya hanya 4 kerusi sahaja..

Syabas dan tahniah diucapkan kepada GMUKM, walaupun kalah tetapi kita masih boleh berdiri..
Buktikan bahawa calon GMUKM boleh melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik agar pihak pentadbiran dan ASPIRASI khususnya dan mahasiswa/i tidak memandang kita dengan sebelah mata...

Jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantu kita... Moga Islam terus berkembang... Takbir!!!!!

Sunday, January 11, 2009


Monday, January 5, 2009


Hari ini terasa hari yang panjang bagi penulis, kerana waktu kuliah belum bermula lagi... bagi mengisi kekosongan waktu, penulis sempat menghadap beberapa buku di perpustakaan untuk memenuhi masa yang ada.....

Ana tertarik dengan satu ungkapan daripada seorang paderi Nasrani (kristien) dalam buku ini...."Dialog Islam dan Kristien" oleh Dr Abdul Muta'al as Saidy..

Ia bermula apabila seorang pelajar Islam daripada Kaherah Mesir, iaitu Muhammad Mukhtar dalam perjalanan menuju Iskandariah untuk menikmati musim cuti bersama keluarganya disana dan ketika itulah paderi ini mengambil kesempatan untuk memulakan usahanya meragukan ummat Islam....

Akhirnya, mereka berdebat di Iskandariah berhadapan dengan masyarakat di sana...
Ungkapan terakhir yang dikatakan paderi Nasrani kepada Muhammad dalam suatu bilik yang sunyi setelah kalahnya beliau dalam perdebatan itu...

"Wahai Muhammad telah anda ketahui apa yang saya sampaikan kepada anda,
sebenarnya lebih baik saya tidak pernah bertemu anda, tidak pernah membuka dialog dengan anda sehingga saya tidak terganggu dengan macam-macam fikiran dan perasaan gelisah.
Wahai anaku sayang, aku ini adalah ketua Kristian di negeri ini..
Kami punyai tujuan politik lain yang mesti kami perjuangkan disini...
Tujuan-tujuan agama bagi kami hanyalah semata-mata alat... saya kira kamu mengerti maksud saya ini... Silakan wahai anakku terus belajar disekolahmu.. tinggalkan kami untuk berjuang mencapai tujuan rahsia kami..."

Kata terakhir paderi Nasrani ini memberi kesedaran kepada kita untuk terus berjuang dan memantapkan ilmu didada agar kita dapat menepis anasir-anasir luar yang meragukan dan menyesatkan manusia...

Firman Allah, Surah al-Baqarah: 146
"orang-orang yang telah kami beri kitab (taurat&injil) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian mereka pasti menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya.."

* Hari ini telah ramai aktivis dakwah kita ditunjangi paderi yang telahpun memeluk
agama Islam..

Tidak terlepas mengikuti berita tv3 jam 8 pm, mengenai saudara-saudara seIslam kita yang berjuang mempertahankan negara tercintai dirasai oleh seluruh dunia...
apa yang ana lihat, negara AS tidak terlepas membuat bantahan terhadap serangan Israel di Pasletin...

Teringat ana akan dialog diantara Paderi dan Muhammad Mukhtar di mana Muhammad menjelaskan bangsa Nasrani adalah lebih baik daripada bangsa Yahudi yang hanya mahu menghancurkan Ummat Islam seluruhnya tanpa belas kasihan... Tetapi bagi bangsa Nasrani, mereka masih ada sikap toleransi dan bertimbang rasa terhadap ummat Islam...
ini diperlihatkan dalam bantahan yang dilakukan rakyat AS yang beragama Kristian....

Oleh itu, masih ada masa lagi untuk kita berjihad menyebarkan agama Islam kepada non-Muslim di Malaysia ini selain mengislah ummat Islam itu sendiri.... Wallahua'lam..
p/s: jika ada perkara yang meragukanr, sila komen di bawah ini..

Sunday, January 4, 2009



JIHAD KHAS GOLONGAN MUSLIMAT

Bagi perempuan wajib untuk berjihad pada jihad khas adalah sama seperti orang lelaki ketika hukum jihad fardhu ain...

Wajib keatasnya untuk keluar jihad seandainya dia ada daya pertahanan dan keteguhan (lasak), jika tidak, tidak perlu hadir ke medan perang..

Jihad Khas: ZAMAN INI...

Sama hukum seorang perempuan itu keluar menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dan juga musafir untuk menunaikan haji yang wajib dan juga berhijrah dari negara yang kafir, maka tidak perlu untuk pinta izin akan tetapi wajib keatasnya meraikan, memelihara, dan mematuhi syarat-syarat ini....

1- Mestilah dia dalam keadaan samaada sudut menutup aurat dan memelihara maruah.

2- Keluarnya adalah tuntutan yang sebenar untuk berjihad.

3- Keluarnya tidak mendedahkan ia terjerumus ke dalam perkara yang haram.

4- Hendaklah di dalam keadaan berjemaah (kumpulan).

5- Hendaklah dia seorang yang cerdik dan bijak serta keadaan yang aman sekiranya dia bermusafir seorang diri.

sekadar perkongsian bersama dan untuk diri ini juga dalam memahami erti perjuangan yang sebenar untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi di zaman fitnah ini...

Moga diri ini terus bersedia dalam menghadapi segalanya... Insya Allah...

*Artikel ini diambil dalam buku Risalah Tahrid ala jihad fi islah al-bilad wa al-I'bad oleh Haji Zukifli Haji Ismail.

Wallahua'lam.

Friday, January 2, 2009

Fikir-Fikirkan..

sahabatku....
kadang-kadang kita diasak dengan pertanyaan yang menggugat keimanan diri apabila datangnya dugaan terhadap diri yang sedikit cuma, banyak keluhan yang menghiasi...
tetapi al-Quran ada jawapannya...


1- KENAPAKU DIUJI ?
J- Surah al-Ankabut: ayat 2-3..

{2- Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya denga mengatakan
"kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?}

{3- Dan sungguh, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti
mengetahui orang-orang benar dan pasti mengetahui orang-orang dusta}

2- KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?
J- Surah al-Baqarah: ayat 216..

{ Diwajibkan di atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui }

3- KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
J- Surah al-baqarah; ayat 286..

{ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.........}

4- KENAPA RASA KECEWA?
J- Surah al-Imran: ayat 139..

{ Janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang beriman }

5- BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI?
J- surah al-Baqarah: ayat 45..

{ Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.....}

6- APA AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
J- Surah al-Taubah: ayat 111..

{ Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mu'min, baik diri ataupun harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah,
sehingga mereka membunuh dan terbunuh, sebagai janji Allah di dalam taurat, injil,
dan al- Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah........}

7- KEPADA SIAPA KU BERHARAP?
J- Surah al-Taubah: ayat 129..

{ Maka jika mereka berpaling ( dari keimanan), maka katakanlah ( Muhammad),
Cukuplah bagiku, tidak ada tuhan selainNYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal,.....}

Sekadar renungan bersama buat sahabat-sahabat seperjuangan....

Wallahua'lam..

Sejenak

Assalamualaikum..
salam maalhijrah 1430 hijrah kepada semua ummat Islam di seluruh dunia khususnya dan selamat menyambut tahun baru 2009 masihi juga kepada seluruh rakyat Malaysia amnya.. Moga tahun ini Islam terus bangkit menuju kemenangan.... ameen..

Isu pengeboman Gaza oleh tentera israel menggugat ketengan fikiran taktala mendengar berita saudara seislam sendiri dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan oleh tentera israel.. Hanya doa dan solat hajat yang mampu ditujukan, moga kekuatan dan kesabaran diberikan oleh Allah kepeda mereka untuk meneruskan perjuangan di sana...

Malam 31 Jan, malam yang memberi pengalaman kepada penulis taktala diri terpanggil untuk mengikuti ekspidisi dakwah di Tasik Permaisuri. Seramai lebih kurang 100 ahli yang mengikuti ekspidisi ini... apatahlagi penulis merasakan perlunya praktikal setelah beberapa sem mempelajari teori dakwah.

Langkah demi langkah diteruskan untuk sampai ke tempat yang dituju... tepet jam 9.30, kami diberikan kepada 6 kumpulan seramai 10 orang, 5 muslimin dan 5 muslimat. Setelah mendengar taklimat oleh ketua ekspidisi, kami diberikan risalah, bookmark, kelendar dan air untuk diberikan kepeda mangsa..

Setelah sampai di tasik dalam 10.30 pm, kelihatan mangsa pertama kami duduk berduaan lelaki dan perempuan... apalagi serbulah...
tabi bukan cara itu yang kami gunakan... (Surah al-Nahl ayat 125 telah memberikan* metod dakwah yang berkesan kepada kita..)

Kami memberi salam dan memulakan perbicaraan dengan berkenalan terlebih dahulu supaya mangsa tidak kekok dengan kedatangan kami semua.. nama sapa? tinggal kat mana? belajar lagi ke? buat apa kat Sini? tengok bunga api, boleh kami tumpang sekaki? begitulah soalan-soalan yang kami ajukan kepada mangsa dengan nada yang mesra seolah-olah bukan rakan yang baru dikenali..

tapi apa yang mengejutkan perempuan itu lebih muda daripada kami.... begitulah hakikatnya zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dunia dan anak muda mudi yang tidak ada pegangan agama... Teringat penulis taktala Rasulullah SAW ketika waktu ajalnya semakin hampir... baginda menyebut tiga perkara sebelum wafatnya..
1- Ummati...
2- solat..
3- Nisa' (perempuan)
Begitu sayangnya baginda kepada ummatnya..

Akhirnya, kami menasihatinya supaya tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah di situ seterusnya pulang kerumah.. ia adalah satu respon yang baik daripada mangsa...

Perjalanan diteruskan, sehinggalah ketemu satu keluarga ini yang pada pandangan kami, mereka yang kurang pegangan agama... kami memberikan salam dan bertanya khabar.. Alhamdulillah satu respon yang baik diberikan...dan kami berbual sehinggalah bunga api kelihatan di hujung langit menandakan masuknya 1 jan 2009.. kami meminta untuk beredar, taktala itu satu ayat muncul di bibir salah seorang daripada mereka.. terharu rasanya dan ingin menitiskan air mata " ada juga orang yang nak dekati kami ni " itulah ayat yang tidak dapat kami lupakan menguatkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini...

* Metod dakwah dengan hikmah
pendekatan yang diketengahkan
1- Beri salam
2- Berkenalan terlebih dahulu
3- Bualkan perkara yang boleh menarik minat mad'u/beri minuman atau apa saja
4- Sentuhan, ini penting kepada dai'e untuk dilakukan supaya lebih dekat dengan mad'u,
katakan kita sayang kepadanya
5- Nasihat yang ingin diberikan

Akhirnya, apa yang baik datangnya daripada Allah, segala kelemahan di atas diri ini....
Wallahua'lam...

ReNunGan...