Sunday, August 9, 2009

Erti Sebuah Kerinduan..

Sempat sebentar tadi bertanyakan khabar ummi dan abi di kampung.. Terasa kerinduan menyusup di hati, lama tidak kembali ke kampung halaman.. Rasanya baru sebulan meninggalkan kampung, tak sempat pulang dek kerana aktiviti yang sentiasa memenuhi ruang..

Lagi rindu bila mendengar suara abi yang banyak memberi nasihat dan teguran walaupun diri ini mungkin sudah pandai jaga diri tetapi kerisauan seorang ayah pada anaknya terlalu tinggi.. Teringat bila bersama Abi, seronok membincangkan isu-isu semasa, hukum-hukum agama, sama-sama berkongsi pendapat dan idea. Kadang-kadang tak cukup masa. Bila ada masa dalam kereta pun bicaranya boleh menambahkan ilmu. Itulah Abi yang saya sangat kagumi..hinggakan amanahnya sebentar tadi masih kedengaran lagi..

"Jaga diri baik2 kat sane.. Abah dengar banyak sangat perkara yang tidak elok dilakukan mahasiswa walaupun mengaji Islam, Banyakkan bergantung dan doa pada Allah, solat malam jangan tinggal.."

Seribu makna terungkai apa yang dikatakan oleh Abi memang ada benarnya, Walaupun mengaji di Fakulti Pengajian Islam tetapi, mahasiswa kini sudah tidak pandai menilai perkara baik dan buruknya. Yang hanya tahu keseronokan!! (Nauzubillahiminzalik)

[ Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu bertaqwa kepada Allah dan bagusnya budi pekerti.
" Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab: "Iaitu kerana perbuatan mulut dan kemaluan."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. ]

Mujur, sahabat handai banyak memberi teguran dan kekuatan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kadang-kadang kita perlukan sahabat untuk memberi teguran, kerana sahabatlah cermin kepada kita.. bukan semua manusia itu sempurna. Sedarlah wahai sahabatku, dunia ini sudah terlalu tua untuk berdiri, hanya menunggu masa untuk roboh. Ia tidak betah untuk menerima lg kerosakan tangan-tangan manusia...

Mohonlah pada Allah, agar diberikan kekuatan sama ada jasmani atau rohani. Apa yang kita lakukan tidak semestinya baik untuk kita, dan apa yang kita tidak suka tidak semestinya tidak baik untuk kita. Segalanya datang dari Allah SWT dan kepadanya jua kita akan dikembalikan..
Moga sentiasa thabat dijallan ini.. Wallahua'lam.

1 comments:

Al - Mu'allim said...

Ya, kadangkala persekitaran yang baik itulah yang mempengaruhi akhlak kita.
Alangkah indahnya jika berada bersama-sama sahabt yang boleh saling menasihati. Namun tidak selamanya kita bersama mereka. Moga kita terus dikurniakan hidayah untuk terus thabat di jalan-Nya

ReNunGan...