Tuesday, March 31, 2009

Buatmu Wanita




Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. Itulah ungkapan yang sering kita dengar menjadikan seorang wanita itu terlalu istimewa. Adakah ia benar? Bagaimana dengan zaman era sekarang yang menjeremuskan ramai wanita ke lembah penzinaan, kemaksiatan! Harus kita sedar hakikat zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dunia, salah satunya fitnah dari seorang wanita.

Tiada siapa yang dapat menahan daripada sukakan kecantikan. Setiap manusia suka kepada kecantikan, dan kemewahan. Tapi ia hanya sementara. Hakikatnya, kecantikan dan kemewahan akhirat kekal abadi. Tapi adakah kita ingat dan berwaspada!. Adakah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya!

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda:
”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”
Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”
Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

Apakah kita sebenarnya sentiasa beringat, berpesan-pesan sesama kita? Dimanakah kedudukan kita sebagai seorang wanita di dunia ini? Janganlah mulia yang dicari tetapi carilah kemuliaan disisi Allah.

Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

Setiap apa yang digariskan oleh Islam, ada hikmah yang boleh kita ambil dan hayati. Kebaikan dan keburukan, hikmah dari-Nya yang tersembunyi, Dengan menggunakan akal, kita mampu berfikir dengan lebih mendalam lagi.
Wahai wanita yang solehah, hiasilah keperibadianmu dengan akhlak yang tinggi dan ilmu yang membaluti diri, kelak dirimu tidak mudah untuk terpengaruh dengan godaan duniawi, termasuk pengaruh buruk dari lelaki.

Wahai wanita yang punyai wajah yang indah, jagalah perhiasanmu seperti menjaga barang yang sangat engkau sayangi, kelak dirimu akan dijaga dan terpelihara.
Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 55 yang bermaksud:

”Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani”

Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah adalah sebaik-baik ciptaan. Haruslah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana kita dihidupkan di dunia ini, dilahirkan di dunia ini sebagai seorang wanita. Wanita yang punyai banyak keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah, tetapi kitalah sebagai penentu yang meletakkan diri kita di mana, di syurga atau di neraka.

Hakikatnya, wanita yang baik itu, datangnya daripada didikan iman dan taqwa yang dipupuk sejak kecil lagi. Bersama-samalah kita menjadi wanita solehah yang diangkat martabatnya oleh Allah di syurga.


Sekadar Coretan buat peringatan dan bekalan... Wallahua'lam..

Imbauan



Salam sayang buat sahabat dan teman-teman seperjuangan...
Moga dikau sentiasa thabat di jalan ini...
Kepadamu ya Rasulullah, qudwah kami dalam mencari kehidupan yang hakiki...
Perjuanganmu tidak akan dilupai sekiranya masih ada lagi sahabat yang masih mengharapkan Islam kembali di bumi ini...
Dengan bantuan Rabbul Izzati...
Moga Islam kan bersinar kembali.....
Inn Allah ha maa'na..

Wednesday, March 25, 2009


ReNunGan...