Tuesday, March 31, 2009

Buatmu Wanita




Seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. Itulah ungkapan yang sering kita dengar menjadikan seorang wanita itu terlalu istimewa. Adakah ia benar? Bagaimana dengan zaman era sekarang yang menjeremuskan ramai wanita ke lembah penzinaan, kemaksiatan! Harus kita sedar hakikat zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dunia, salah satunya fitnah dari seorang wanita.

Tiada siapa yang dapat menahan daripada sukakan kecantikan. Setiap manusia suka kepada kecantikan, dan kemewahan. Tapi ia hanya sementara. Hakikatnya, kecantikan dan kemewahan akhirat kekal abadi. Tapi adakah kita ingat dan berwaspada!. Adakah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya!

Ibnu Umar radhiallahu anhumma telah melaporkan bahawa Nabi saw pernah bersabda:
”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”
Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”
Nabi saw. menjawab,”Kami paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

Apakah kita sebenarnya sentiasa beringat, berpesan-pesan sesama kita? Dimanakah kedudukan kita sebagai seorang wanita di dunia ini? Janganlah mulia yang dicari tetapi carilah kemuliaan disisi Allah.

Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

Setiap apa yang digariskan oleh Islam, ada hikmah yang boleh kita ambil dan hayati. Kebaikan dan keburukan, hikmah dari-Nya yang tersembunyi, Dengan menggunakan akal, kita mampu berfikir dengan lebih mendalam lagi.
Wahai wanita yang solehah, hiasilah keperibadianmu dengan akhlak yang tinggi dan ilmu yang membaluti diri, kelak dirimu tidak mudah untuk terpengaruh dengan godaan duniawi, termasuk pengaruh buruk dari lelaki.

Wahai wanita yang punyai wajah yang indah, jagalah perhiasanmu seperti menjaga barang yang sangat engkau sayangi, kelak dirimu akan dijaga dan terpelihara.
Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 55 yang bermaksud:

”Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani”

Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah adalah sebaik-baik ciptaan. Haruslah kita sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana kita dihidupkan di dunia ini, dilahirkan di dunia ini sebagai seorang wanita. Wanita yang punyai banyak keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah, tetapi kitalah sebagai penentu yang meletakkan diri kita di mana, di syurga atau di neraka.

Hakikatnya, wanita yang baik itu, datangnya daripada didikan iman dan taqwa yang dipupuk sejak kecil lagi. Bersama-samalah kita menjadi wanita solehah yang diangkat martabatnya oleh Allah di syurga.


Sekadar Coretan buat peringatan dan bekalan... Wallahua'lam..

Imbauan



Salam sayang buat sahabat dan teman-teman seperjuangan...
Moga dikau sentiasa thabat di jalan ini...
Kepadamu ya Rasulullah, qudwah kami dalam mencari kehidupan yang hakiki...
Perjuanganmu tidak akan dilupai sekiranya masih ada lagi sahabat yang masih mengharapkan Islam kembali di bumi ini...
Dengan bantuan Rabbul Izzati...
Moga Islam kan bersinar kembali.....
Inn Allah ha maa'na..

Wednesday, March 25, 2009


Monday, February 23, 2009


Indahnya Ukhuwah kerana Allah

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah pelbagai bangsa dan agama untuk kita mencari dan mengenal erti kehidupan yang merupakan salah satu hikmah dan kebijaksanaan-Nya kerana dari situ kita dapat mengenal perbagai ragam manusia, budaya adat resam yang diciptakan oleh Allah supaya manusia berfikir akan kekuasaan-Nya.

Begitu juga sahabat yang diciptakan oleh Allah untuk kita. Kadang-kadang kita tidak mengenal erti persahabatan yang sebenar yang sebenarnya ia adalah satu nikmat daripada Allah dalam manisnya berukhuwah. Sahabatlah bagi manusia untuk meluahkan perasaan, untuk meluahkan keperitan walaupun sebenarnya sahabat itu tidak mampu berbuat apa-apa. Berbanding dengan keluarga, kadang-kadang kita lebih banyak masa diluangkan untuk sahabat.

Tetapi adakah kita bena-benar memilih sahabat yang sebenar-benarnya. Kerana silap memilih sahabat punahlah masa depan sama seperti ungkapan yang bersama dengan orang yang memakai wangi-wangian, dia juga akan terpalit bau wangi itu. Ini bermakna pemlihan sahabat mestilah betul. Apabila kita bersama sahabat yang keruntuhan akhlak, mahu tidak mahu kita juga akan terpengaruh dengan sedikit sikap sahabat kita itu tetapi bilamana kita bersahabat dengan alim ulama dan orang yang soleh, maka kita juga akan terikut dengan sikapnya. Walaupun sedikit sikap yang buruk kita ambil tetapi ia akan menjadi tabiat yang sukar untuk kita buang.

Sesungguhnya, Allah mengetahui akan sifat fitrah manusia yang perlukan teman dalam setiap detik kehidupan. Indahnya bilamana bertemu dan berpisah kerana Allah jua apabila kita cinta dan marah hanya kerana Allah diatas dasar keimanan kepada Allah.

Hal ini dinyatakan dalam hadis:

Bermaksud: ”Barangsiapa yang mencintai dan memarahi kerana Allah, memberi dan menolak kerana Allah, maka sempurnalah imannya.”
(H.R. Abu Daud)

Daripada hadith di atas, seorang muslim akan mencintai setiap hamba yang soleh dan akan mengikut sifatnya begitu juga seorang muslim akan membenci orang yang fasik terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya kerana mereka tidak mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi, kefasikan mereka tidak boleh dijadikan penghalang kepada kita untuk bersahabat tetapi memberi peluang kepada kita untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

Dalam pemilihan sahabat, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan tujuan persahabatan itu hanya semata-mata kerana Allah. Antara faktornya ialah:

1- Mestilah sahabat itu seorang yang pandai, kerana bilamana bersahabat dengan orang yang jahil kita akan terikut dengan sifat dan sikapnya.
2- Mestilah dia seorang yang berakhlak mulia, kerana bilamana dia mempunyai akhlak yang buruk walaupun seorang yang pandai, mereka akan sering dikalahkan oleh hawa nafsu yang menyebabkan kadang-kadang kita akan terkena dengan kejahatannya sepertimana seorang sahabat yang khianat.

3- Mestilah dia seorang yang bertakwa kerana orang yang fasik tidak akan taat dan beriman dengan perintah Allah. Bilamana dia berbuat jahat terhadap saudaranya, dia tidak akan peduli akan perasaan sahabatnya kerana orang yang tidak taat kepada Allah adalah orang yang tidak akan memperdulikan apa-apa pun.

4- Mestilah dia seorang yang berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah, menjauhi perkara-perkara khurafat dan perkara-perkara bidaah kerana apabila dia melakukan perkara-perkara sedemikian hilanglah kepercayaannya pada Allah yang satu.

Menurut salah seorang yang soleh, ketika mewasiati anaknya, ”Wahai anakku, jika kamu memerlukan teman, maka bertemanlah dengan orang yang bila kamu perlukan bantuan dia akan membantumu, jika kamu menemaninya dia akan setia kepadamu, jika kamu mendapat anugerah diatidak akan meminta. Wahai anakku, bersahabatlah kamu dengan orang yang bilamana menghulurkan kebaikan dia tidak akan meminta dibalas, bila kamu mendapat kebaikan dia mengakuinya, dan jika kamu mendapat kecelakaan dia kan menolaknya. Bersahabatlah dengan orang yang jika kamu berkata kepadanya dia membenarkanmu, jika kamu bersikap bertentangan dengan sesuatu, maka dia mengingatkanmu.

Daripada cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bukan mudah untuk mencari sahabat sejati yang boleh membawa kita mencapai kebahagian dunia dan akhirat sebaliknya ramai sahabat yang kita lihat pada hari ini lebih menjurus kepada kehidupan keduniaan semata-mata walaupun sebahagian mereka mempelajari ilmu agama tiak semestinya sahabat itu sempurna. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk menyedarkan kembali sikap mereka supaya kembali mengenal Allah yang esa.

Demikianlah, manusia sering menilai persahabatan dari luaran dan bukannya dari dalaman. Justeru kita mestilah pandai dalam memilih sahabat dan semoga ukhuwah itu berpanjangan dunia dan akhirat.






Tuesday, February 10, 2009

Bukan Kemenangan Lewat Tiba

Assalamualaikum.. Salam Ukhuwah..

Dalam perjuangan perlukan pengorbanan tak kira sama ada dari sudut tenaga, harta dan sebagainya.. Kadang-Kadang kita sering tertanya-tanya kenapa orang yang nak bawa Islam ini susah nak menang?, susah nak berjaya?, mengapa mesti ada orang yang terkorban? dan kenapa mestinya adanya pengorbanan... TEPUK DADA TANYA IMAN..

Itulah hikmah dan kebijaksanaan Allah SWT yang lebih mengetahui apa yang akan berlaku di kemudian hari...
Kebanyakan kita membaca al-Quran tetapi tidak menghayati isi kandungannya.. (teguran buat diri ini juga...) Banyak perkara yang boleh kita perolehi daripada al-Quran dan disitulah tempat rujukan umat Islam... Sejarah, Hukum hakam dan juga sebagai PERUNDING MOTIVASI YANG HEBAT!
Kenapa saya berkata demikian, kerana di situlah ia bermula...... Bila kita senang, susah nak baca al-Quran... Bila kita susah disitulah ketenangan....

Berbalik pada tajuk, Saya tertarik dengan surah al-Haj ayat 38
" Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berkhianat dan kufur nikmat"

Ayat ini difirman oleh Allah SWT dalam al-Quran kepada kita sebagai satu JAMINAN bagi orang mukmin yang mana sentiasa berjuang di atas Jalan-NYA dengan niat yang IKHLAS dan SEMATA-MATA kerana Allah. Ini kerana Allah SWT tidak mahu menjadikan pendokong dan pembela dakwahnya di kalangan manusia yang kerdil dan pemalas dan seharusnya perjuangan itu berdasarkan tanggapan akal, pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup..

Apabila kemengan diberikan oleh Allah SWT dengan cepat tanpa adanya pengorbanan dan kesusahan, ia akan memberikan effact yang buruk pada ummat Islam kerana kemenangan yang cepat akan mudah hilang..Ini kerana:
1) Harganya yang murah dan tidak perlukan ppengorbanan.
2) Orang yang mencapai kemenangan tidak melatih, menguat, dan mengembling kekuatan dan daya tenaga mereka untuk mendapat dan memelihara
kemenangan i2.

Bila adanya pengorbanan, disitu letaknya tarbiah diri, perasaan dan latihan amali iaitu didikan dan latihan melalui proses menang dan kalah, kuat dan lemah dan juga emosi. Berkongsi kesakitan dan suka duka..

Dalam Kitab Tafsir fi Zilal al-Quran, kemenengan dilewatkan oleh Allah kerana:
1) Hikmah dan kebijakasanaan Allah dalam menentukan segenap aspek..
2) Badan umat Islam belum lagi matang dengan sempurna..
3) Mengorbankan segala kekuatan yang ada pada mereka..
4) Belum dicapai kemenangan i2 sehingga umat Islam menggunakan cara terakhir iaitu senjata orang mukmin..
5) Menambahkan lagi HUBUNGAN dengan ALLAH..
6) Belum lagi memberi sepenuh keikhlasan dalam perjuangan dan pengorbanan..
7) KEJAHATAN yang diperangi masih lagi bercampur saki baki kebaikan..
8) Kepalsuan kebatinan yang diperangi belum terdedah dengan sempurna kepada orang ramai..
9) Masyarakat belum layak untuk menerima kebenaran, kebaikan dan keadilan yang diprjuangkan,,,

Daripada apa yang disenaraikan jelaslah bahawa, kekalahan bukan bermakna kita berundur tetapi kekuatan kita untuk bangun.. Disinilah Allah nak mnguji umat-NYA sama ada ia bersyukur atau pun tidak....dan mengamalkan segala prinsip al-Quran..
Sama-samalah kita hayati...
Wallahua'lam............


Tuesday, January 20, 2009


Tika mata diuji manisnya senyuman
terpalit rasa menimbul harapan
dan seketika terlontar kedunia hayalan
hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan impian yang tersimpan enggan ku keasyikan
Usah keindahannya merampas rasa cinta pada dia yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
dan ku cuba menghindarkan pesona maya
kerna tak upaya ku hadapinya
andai murkanya menghukum leka

Diatas rahmat cinta pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbanan
agar disuluh cahya redhanya

Biar sendiri hingga hujung nyawa

asal tak sepi dari kasihnya
kerna sesungguhnya hakikat cinta
hanya dia yang esa

Diatas rahmat cinta pada yang selayaknya

ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbana agar disuluh redha
suluhkan hati ini dengan cinta hakiki

hingga kurasai
nikmatnya....

syurganya....

cintanya....

Friday, January 16, 2009

PRK

Assalamualaikum...

Pada 15 januari 2009, telah menjadi sejarah bagi GMUKM khususnya dan mahasiswa/i ukm umumnya apabila GMUKM telah berjaya merampas 12 kerusi daripada 33 kerusi yang dipertandingkan dalam PRK kali ini berbanding tahun sebelumnya hanya 4 kerusi sahaja..

Syabas dan tahniah diucapkan kepada GMUKM, walaupun kalah tetapi kita masih boleh berdiri..
Buktikan bahawa calon GMUKM boleh melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik agar pihak pentadbiran dan ASPIRASI khususnya dan mahasiswa/i tidak memandang kita dengan sebelah mata...

Jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantu kita... Moga Islam terus berkembang... Takbir!!!!!

ReNunGan...